Ruangan nie disediakan untuk kita kongsi sama sama berkongsi rahsia masakan yang banyak terdapat di alam Melayu ini dan juga masakan dari luar yang difikirkan sedap.Sumbangan resipi daripada kawan kawan adalah amat di alu alukan …
Sesuai dengan blog kakipancing nie so saya rase elok lah kita fokus kepada resipi msakan berkenaan denagan ikan… jadi sesape ado resipi yang turun temurun tu leh lah test power kat sini….
IKAN BAKAR

Bahan:
1 ekor tongkol/kerapu/bawal/cencaru
1 senduk minyak masak
1/2 cawan kecil air asam jawa
2 s/b gula
garam secukup rasa

Bahan kisar:
3 ulas bawang merah atau 1 bawang besar
1 inci halia
2 batang serai
10 biji cili hijau
1 s/b Cosway Delichef Fish Seasoning
Cara Penyediaan:
1. Ikan siakap dibersihkan dan ditoskan.
2. Sapukan sedikit minyak supaya tidak garing semasa dibakar.
3. Bakar dalam convection oven pada suhu 180′C selama 30 minit. Balikkan juga ikan tu supaya masak kedua2 belah.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga wangi dan terbit minyaknya.
5. Masukkan air diikuti dengan air asam jawa, gula dan garam.
6. Setelah mendidih dan pekat, baru diangkat.
7. Tuangkan ke atas ikan tadi.
8. Hidangkan bersama nasi putih
Siakap 3 Rasa

Bahan-bahan
Ikan siakap } dikelar banyak-banyak, dilumur dengan garam, kunyit dan tepung jagung dan digoreng rangup sampai ke tulang.
Bawang putih – tumbuk kasar
Halia - hiris halus
Bahan Sampingan, dipotong dadu
Timun
Nenas
Tomato
Cili bangla
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Petis udang (1/2 sudu teh sahaja, takmo masukkan pun takpe)
Tepung jagung untuk pekatkan kuah
Air
Garam
Hiasan
Carrot – dihiris halus
Daun sup
Cili padi – hiris halus
Cara Membuatnya
Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan sos cili,tomato,tiram,kicap dan petis udang. Kacau.
Masukkan air yang dicampur tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masukkan bahan sampingan tadi dan tunggu hingga masak.
Curahkan ke atas ikan dan hiaslah ikan itu kasi menggoda sikit.
Makanlah panas-panas sementara ikan masih rangup dan garing hingga ke tulang. Jangan lupa gigit cili padi tu lagi pedas lagi sedap.
Resipi : Mak lang Azie
Ikan Panggang Percik
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap dicuci bersih, dibuang perutnya dan dikelar-kelar.
Bahan-bahan Sambal Percik
2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 batang serai dimesin sampai lumat
3 helai daun limau purut
5 biji buah keras
4 biji cili padi
7 biji cili merah
3 cawan santan pekat (dari 3/4 biji kelapa yang diparut)
Jus dari sebiji limau nipis atau lebih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Beberapa helai daun pisang
2 helai daun pandan
Sekeping kertas timah (Aluminum Foil)
2 biji cili merah untuk hiasan di atas ikan
Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi.
Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat.
Masukkan garam, gula dan asam limau.
Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang & daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan.
Bungkus rapat-rapat dan dibakar pada suhu 180°C selama 20 minit sampai masak.
Resipi : Nor Emilia Amran
Ikan Kembung Balut Daun Pisang
Bahan-bahan:
Ikan kembung secukupnya
Daun pisang secukupnya
10 helai daun limau purut [dihiris halus]
200gm cili hidup merah
100gm lada kering
2 labu bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
Kicap manis secukup rasa
Garam
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar kesemua bahan kecuali ikan dan daun pisang.
2. Letak ikan di atas daun pisang dan lumurkan dengan rempah yang telah dikisar.
3. Kemudian balut daun pisang dan disematkan dengan lidi.
4. Perap dalam peti sejuk dan sedia untuk di barbeku.
Resipi: Diana Arshad
Ikan Bakar Portugis
Bahan-bahan
60ml @ 1/4 cawan minyak masak
air perahan daripada 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
garam
gula
1 ekor (600g) ikan bawal, dibersihkan
daun pisang
Bahan dikisar halus-halus
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah, dikupas
1 batang serai, dihiris halus-halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut.
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.
2. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang di masak dan bungkus ikan dengan sekeping daun pisang.
3. Bakar di dalam ketuhar (oven) yang sudah dipanaskan pada 180C @ 350F selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.
Resipi: Noorhidayah Zainalabidin
Gulai Ikan Masin + nenas

Bahan - bahan
Ikan kurau atau talang masin - isi n tulang or kepala ikan masin pun bleh..[rendam terlebih dahulu]
Nenas - potong
Terung- potong
Tomato - potong wedges
Cili hijau - belah memanjang
Dikisar halus
5 bwg merah
3 bwg putih
Halia (maklang tambah nih..)
Rempah kari sepeket kecik
Air barang 2-3 cawan [masa blend tu masuk santan sketttt je pun sedap gak]
Dimayang halus
5 bwg merah
3 bawang putih
1 tbsp jintan manis
Daun kari
Santan
Garam gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Cara - cara
Bahan yang diblend itu dimasukkan dalam periuk. Renih dengan api sederhana or perlahan sampai bau rempah dia hilang sket.
Daun kari tu masukkan sebahagian sahaja. Kemudian masukkan ikan masin dan nenas.
Kemudian masukkan terung dan kemudian tomato.
Kemudian masukkan santan. Kacau baik-baik jangan pecah minyak.
Perisakan garam gula secukup rasa.
Di dalam kuali lain
Masukkan minyak sikit sahaja, agak agak cukup nak tumis sahaja.
Tumiskan bawang yang dah dimayang beserta dengan jintan manis dan daun kari sehingga keemasan.
Kemudian curah ke dalam periuk gulai. Baru bau gulai tu jadi mengancam.
Kacau sebentar biar mesra. Kemudian bolehlah diangkat.
Resipi : Mak lang Azie
Gulai Masak Lemak Cili Api Ikan Senangin

Bahan - bahan
3 ekor ikan senangin saiz sederhana (bersih dan tos)
100g kacang buncis (bersih dan potong ikut citarasa masing-masing)
8 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup (2-3 tsp kunyit serbuk)
Santan (kalau nak pekat guna pati santan, ikut citarasa tp saya buat cair sket)
1-2 keping asam keping (blh ganti dengan 2 tsp air limau nipis)
Garam
Cara - cara
Tumbuk cili api, kunyit hidup dan sedikit garam sehingga lumat.
Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan dan masak dalam 5 minit. Kacau selalu supaya tidak bertahi minyak.
Masukkan ikan, asam keping dan garam secukupnya.
Kacau sesekali sehingga mendidih.
Masukkan kacang buncis dan biarkan sehingga betul-betul mendidih.
Hidangkan.
Nota: Kacang buncis boleh diganti dengan kacang botol, peria, rebung, kambas, sayur asin, kacang panjang, pisang atau apa2 sayur yang dirasakan sesuai.
Resipi : Hanny
Ikan Kukus Sunkist

Bahan-bahan
( 4 orang makan )
1 ekor ikan bawal
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
1 biji bawang besar - potong bulat
5cm halia - dihiris nipis
3 biji cili - dihiris
4 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos kacang soya (soy sauce)
3 sudu makan minyak bijan
1 batang lobak merah - potong panjang
2 biji tomato - dipotong nipis
2 biji limau nipis - ambil airnya
daun ketumbar
asam masin - dihiris nipis
garam & ajinomoto
Cara-cara
Ikan dibersihkan & dilumur dengan garam, ajinomoto, minyak bijan & sos tiram
sediakan bekas kukus panjang dan masukkan minyak bijan, sos tiram & sos kacang soya (soy sauce)
selepas itu, masukkan juga bawang putih, bawang merah, halia, cili, daun ketumbar & asam masin
kemudian barulah diletakkan ikan diatas bekas tersebut & tabur lah bawang putih, bawang besar, halia, cili & daun ketumbar yang selebihnya diatas ikan. Perahkan limau nipis
taburkan juga lobak merah & tomato yang telah dihiris nipis di atas ikan
kukus ikan selama 15-20 minit
Resipi: Sunkist
Lemak Cili Padi Jenahak & Bunga Kantan

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
1 ekor ikan jenahak (size 1kg) dipotong mengikut citarasa
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
cili padi - mengikut tahap pedas kegemaran anda
1 inci kunyit hidup
1 keping asam gelugur
3-4 kuntum bunga kantan - di belah 2
Cara-cara
tumbuk cili padi bersama kunyit hidup
didihkan bahan yg ditumbuk bersama asam gelugur & santan cair
masukkan ikan, renihkan seketika
masukkan santan pekat & bunga kantan
kacau kuahnya sehingga mendidih & masukkan garam secukup rasa
tutup api. sedia utk dihidang
resipi : Hudahana
Asam Pedas Melaka

Bahan-bahan ( 1 family… )
3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
Bahan kisar:-
3 biji bawang merah
10biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit hidup
2 ulas bawang putih
Bahan tumis:-
@ 1/2 bawang besar-hiris
@ 1/4 sudu teh biji sawi
@ 1/4 sudu teh halba
@ 2 tangkai daun kari
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato-potong2
5 biji kacang bendi
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula jika suka
Cara-cara
Panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.
Resipi : Junjs11
